Friday, 13 July 2018

MUKTAMAR AGUNG 2018

SENARAI NAMA AJK MASJID SESSI 2018-2020

Senarai yang akan dimuktamadkan oleh JAIPs(WARNA HITAM)

PENGERUSI:USTAZ ROSLI BIN ISMAIL

NAIB PENGERUSI:USTAZ ABU HASSAN BIN AHMAD

SETIAUSAHA:EN OSMAN BIN AHMAD

PENOLONG S/U:EN CHE LAH BIN CHE MAN

BENDAHARI:EN ROSLE BIN ISHAK

AJK :              EN ISMAIL BIN IBRAHIM
                       EN AMRIN BIN AHMAD
                       EN YAAKOB BIN HASHIM
                       EN AMRAN BIN YAHYA
                       EN SHARIPUDIN BIN OTHMAN
                       EN MAT NOR BIN SUDIN
                       EN MOHAMED RADZI 
                       EN KAMARUDIN 
                       USTAZ MUHD SABRI BIN ISMAIL
                       PN FATIMAH BINTI MOHAMAS
                       PN NOR AZIMAH BINTI SABIT
                       
                      
PEMERIKSA KIRA-KIRA:   EN SHAMSUDIN BIN MAD NOR
                                            
                                            EN MIOR PI BIN MIOR HAMZAH
        




MUKTAMAR AGUNG 2018 
MASJID AL-IHSAN KAMPONG DARAT,BESERI,PERLIS
TARIKH:13 JULAI 2018(29 SYAWAL 1439)
SELEPAS SOLAT ASAR
TEMPAT:DI MASJID AL-IHSAN,KG DARAT
KM10,JALAN KAKI BUKIT ,
02400 KANGAR,
PERLIS.



SENARAI NAMA AJK MASJID SESSI 2016-2018

PENGERUSI:USTAZ ROSLI BIN ISMAIL

NAIB PENGERUSI:USTAZ ABU HASSAN BIN AHMAD

SETIAUSAHA:EN AZMI BIN BIS

PENOLONG S/U:EN MANSOR BIN ISMAIL

BENDAHARI:EN ROSLE BIN ISHAK

AJK :              EN ISMAIL BIN IBRAHIM
                       EN AMRIN BIN AHMAD
                      TN HJ RAMLI BIN MAT(MENINGGAL DUNIA)
                      TN HJ KAMARUDIN BIN KASIM(EN AMRAN BIN YAHYA)
                      EN FAZIL BIN YOB(MENINGGAL DUNIA)
                      EN MAT NOR BIN SUDIN
                      USTAZ MUHD SABRI BIN ISMAIL
                      PN FATIMAH BINTI MOHAMAS
                      PN NOR AZIMAH BINTI SABIT
                      
PEMERIKSA KIRA-KIRA:   EN SHAMSUDIN BIN MAD NOR
                                            
                                            EN MIOR PI BIN MIOR HAMZAH
        

Sunday, 6 March 2016

MESYUARAT AGUNG MASJID AL-IHSAN KG DARAT

MESYUARAT AGUNG MASJID AL-IHSAN KG DARAT AKAN DI ADAKAN PADA BULAN MARCH 2016 SELEPAS SOLAT JUMAAT .

SEBARANG USUL ATAU TEGURAN MEMBINA BOLEH DISERAHKAN KEPADA AJK MASJID MULAI DARI SEKARANG.

SEKIAN ,HARAP MAKLUM.

AJK MASJID/PENGERUSI

Wednesday, 31 December 2014

BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR 2014

 Masjid Al-Ihsan bersama NGO Ikram bersama-sama mengumpul bantuan pakaian dan sebagainya bagi membantu meringankan beban mangsa banjir di Kelantan,Terengganu,Pahang dan lain-lain.
Anak-anak kariah yang turut sama merasai kesengsaraan yang dialami oleh mangsa banjir yang telah kehilangan tempat kediaman,pakaian,makanan bersatu menghulur bantuan berupa pakaian lama dan baru dan sebagainya.Beberapa sukarelawan turut sama dalam kerja-kerja memproses dan membuat persediaan untuk menghantar barang bantua ke destinasi.

Tuesday, 8 July 2014

PENGUMUMAN

 


1.Pada tahun ini zakat fitrah untuk Negeri Perlis telah ditetapkan RM6.50 seorang.Tuan/Puan boleh membayar kepada amil bertugas En Basri Ariffin di kaunter Zakat Fitrah mulai sekarang.Kaunter dibuka pada pukul 9.00 pagi hiingga 2.00 petang dan 4.30 petang hingga 7.30 malam.


2. Sepanjang bulan Ramadzan kutipan derma untuk anak yatim,fakir miskin dan warga tua/uzur turut dijalankan. Sumbangan derma boleh diberi melalui tabung yang disediakan ataupun kepada imam dan ajk masjid.
Sumbangan akan diagihkan/disampaikan kepada penerima seminggu sebelum menyambut hari raya AidilFitri.


3.PERLANCARAN TABUNG PALESTIN oleh Imam dari Syria selepas solat Tarawikh pada 12 Julai 2014 Sabtu malam Ahad.


 4.Pada 14 Julai 2014  solat Tarawikh dan ceramah Nuzul Qur'an oleh PU(pencetus Ummah) Tantawi bin Yusoff Al-Hafiz.

IHYA RAMADZAN

Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 183 dan 185 yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana yang diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.”
“Masa yang diwajibkan berpuasa itu ialah bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu..”.

Sesungguhnya bulan Ramadhan bulan yang setiap tahun dinantikan ketibaannya oleh setiap umat Islam, memandangkan ia bulan yang mulia dan memberikan terlalu banyak manfaat, faedah, fadhilat dan masa depan yang cerah bagi mereka yang menghayatinya.

 Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibukakanlah pintu-pintu langit dan ditutupkan pintu-pintu neraka dan diikatlah semua syaitan.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

 · Amal ibadah bulan Ramadhan
Dalam khutbah terakhir bulan Syaaban untuk persediaan menghadapi bulan Ramadhan, Rasulullah s.a.w. telah memberi nasihat kepada umat Islam supaya menyempurnakan berbagai amal ibadah sepanjang bulan Ramadhan:

1. Solat sunat tarawih.

2. Solat-solat sunat yang lain.

3. Bantu membantu sesama umat Islam seperti bersedekah dan seumpamanya.

4. Memberikan hidangan berbuka puasa.

5. Banyakkan membaca tahlil (syahadah, berzikir, bertasbih dan seumpamanya).

6. Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah s.w.t.

7. Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka.

8. Banyakkan bersabar, kerana pada bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.

9. Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita. Ini termasuk jangan mengumpat, berkelahi, boros, fitnah-memfitnah, berbohong dan sebagainya.


Solat Tarawikh berjemaah

 
Imam jemputan sedang menyampaikan tazkirah selepas 4 rakaat solat tarawikh untuk para jemaah.



Setiap hari pihak masjid mengadakan majlis berbuka dan semua jemaah dijemput.

Tahsin Al-Quran  diketuai oleh Tn Imam Ust Abu Hassan Ahmad tiap-tiap hari selepas solat subuh  dan seterusnya kaum muslimat menghidupkan amalan bertadarus Quran setiap pagi.

Pada hari Ahad selepas subuh diadakan kuliah subuh oleh ustaz jemputan dan
kuliah tafsir Al-Quran oleh ustaz Basyir Awang dia adakan selepas solat zohor setiap Ahad sepanjang bulan ramadzan.

Friday, 28 February 2014

Muktamar Agung Masjid Al-Ihsan 2014

Assalamualaikum.Sekarang sedang berlangsung muktamar agung Masjid Al-Ihsan 2014 selepas solat Asar. Muktamar ini bertujuan memilih 4 orang AJK kariah sessi 2014/2015 ,membincangkan usul-usul dan cadangan,membentangkan minit mesyuarat muktamar agung yang lalu,lapuran aktiviti dan lapuran kewangan 2012/2013. Muktamar dipengerusikan oleh Ustaz Abu Hassan Ahmad.Pihak JAIPS diwakili oleh Tn Hj Hashim Osman,Penolong Pengarah JAIPS

 




Friday, 21 February 2014

MAKLUMAN

1.Siak masjid Al-Ehsan En Basri Ariffin telah melepaskan jawatannya pada Januari 2014 dan pihak Jabatan Agama Islam Perlis telah memilih En Ahmad Murad sebagai siak bermula Februari 2014.

2.Satu lagi aktiviti masjid Al-Ehsan iaitu kuliah subuh setiap pagi Ahad telah dimulakan sejak dua minggu lalu dan pihak masjid telah menentukan ustaz /penceramah yang dijemput.

3.Pihak Baitulmal Negeri Perlis (MAIPs) telah melantik kembali En Basri Ariffin sebagai AMIL di masjid Al-Ehsan kg Darat,Beseri,Perlis.

4.Masjid Al-Ihsan ,Kg Darat akan mengadakan Muktamar Agung 2014 pada 28 Februari 2014(Jumaat) bersamaan 28 Rabiulakhir 1435 H selepas solat Asar di masjid Al-Ihsan Kg Darat.Rujuk kepada pekeliling di bawah: