AKTIVITI MASJID

Aktiviti Masjid


MUKTAMAR AGUNG 2018 MASJID AL-IHSAN KAMPONG DARAT,BESERI,PERLIS
TARIKH:13 JULAI 2018(29 SYAWAL 1439)
SELEPAS SOLAT ASAR

TEMPAT:DI MASJID AL-IHSAN,KG DARAT
KM10,JALAN KAKI BUKIT ,
02400 KANGAR,
PERLIS.

SENARAI NAMA AJK MASJID SESSI 2016-2018

PENGERUSI:USTAZ ROSLI BIN ISMAIL

NAIB PENGERUSI:USTAZ ABU HASSAN BIN AHMAD

SETIAUSAHA:EN AZMI BIN BIS

PENOLONG S/U:EN MANSOR BIN ISMAIL

BENDAHARI:EN ROSLE BIN ISHAK

AJK :              EN ISMAIL BIN IBRAHIM
                       EN AMRIN BIN AHMAD
                      TN HJ RAMLI BIN MAT(MENINGGAL DUNIA)
                      TN HJ KAMARUDIN BIN KASIM(EN AMRAN BIN YAHYA)
                      EN FAZIL BIN YOB(MENINGGAL DUNIA)
                      EN MAT NOR BIN SUDIN
                      USTAZ MUHD SABRI BIN ISMAIL
                      PN FATIMAH BINTI MOHAMAS
                      PN NOR AZIMAH BINTI SABIT
                      
PEMERIKSA KIRA-KIRA:   EN SHAMSUDIN BIN MAD NOR
                                            

                                            EN MIOR PI BIN MIOR HAMZAH



Tanpa sebarang aktiviti di masjid,maka masjid tersebut pasti akan menjadi seperti masjid yang tidak berpenghuni.Oleh yang demikian,ahli jawatankuasa masjid telah merangka dan menjalankan beberapa aktiviti bagi mengimarahkan lagi masjid ini.Antaranya ialah ceramah-ceramah agama  yang akan diadakan apabila menyambut hari-hari kebesaran seperti awal muharam,nisfu sya’ban,maulud nabi dan nuzul al-quran.Kuliah subuh pula akan diadakan pada setiap pagi sabtu manakala kuliah maghrib akan diadakan pada setiap hari khamis.Selepas kuliah maghrib selesai,bacaan surah yassin pula akan diteruskan sementara menunggu masuknya waktu isyak.Masjid ini juga memberi peluang kepada anak-anak kariah untuk belajar membaca al-quran pada setiap petang.Namun kelas fardhu ain tidak disediakan di masjid ini kerana kekurangan dana bagi membayar gaji kepda guru fardhu ain.Selain itu,masjid ini juga turut melatih anak-anak kariah untuk menyertai majlis menghafaz al-quran bagi peringkat negeri Perlis anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam,Perlis.Pada setiap petang pula,pasti ada anak-anak kariah yang datang ke masjid ini untuk menggunakan bilik perpustakaan dan bimbingan di luar bangunan masjid ini.Di samping itu,pada bulan ramadhan,majlis tadarus al-quran akan diadakan pada setiap petang.Kebanyakkan yang hadir adalah daripada golongan tua sahaja.Namun,pada waktu solat sunat terawih,sambutan daripada anak-anak kariah adalah menggalakkan.Pada waktu petang,masjid ini turut mengagihkan bubur lambuk kepada penduduk kariah.Bagi kebajikan penduduk yang tidak berkemampuan di kariah ini,tabung masjid telah diletakkan di penjuru belakang masjid untuk kutipan derma ikhlas daripada para jemaah yang datang.Selalunya jumlah kutipan derma daripada para jemaah akan mencecah sehingga RM 500 seminggu.Hasil kutipan ini akan digunakan untuk tujuan membayar bil elektrik dan juga bil air bagi masjid ini. Bagi penduduk di kariah ini yang tidak mampu untuk menyara hidup mereka seperti anak-anak yatim,ibu tunggal dan fakir miskin,dana daripada pihak baitulmal negeri Perlis telah diperuntukkan untuk mereka.Selalunya,mereka akan mendapat sumbangan dalam bentuk wang tunai ataupun hamper.
Anak-anak kariah yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA juga turut diberikan sedikit sumbangan kepada mereka.Akhir sekali,pada setiap tahun masjid juga  akan menganjurkan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan masjid.Aktiviti ini tidak perlu diadakan selalu kerana kebersihan di masjid ini telah dijaga oleh siak-siak yang telah dilantik dan aktiviti ini hanyalah bertujuan untuk mengeratkan silaturahim penduduk di kariah ini.Siak-siak ini juga turut dibantu oleh seorang penjaga kawasan yang memantau kebersihan pada setiap hari.Untuk jamuan selepas aktiviti gotong-royong,selalunya pihak masjid tidak akan mengeluarkan kos perbelanjaan kerana sering mendapat sumbangan daripada orang perseorangan. Sambutan daripada penduduk di kariah adalah membanggakan kerana mereka memberikan komitmen yang tinggi untuk aktiviti ini.

Berbagai aktiviti  telah dijalankan di masjid ini seperti khidmat masyarakat,pengurusan jenazah bila ada kematian anak-anak kariah,tahlil dan doa selamat dan sebagainya.Jemaah Tabligh kerapkali menjalankan usaha jaulah dan ziarah sekitar masjid serta majlis ta'alim kitab Faza'il Amal dengan tujuan untuk memakmurkan jemaah masjid dan menimbulkan keghairahan masyarakat Islam kita untuk beramal.

Manakala pada bulan Ramadan majlis berbuka puasa turut diadakan oleh anak-anak jemaah masjid dengan jaudah berbuka dibawa oleh anak-anak jemaah dan juga disediakan oleh jawatankuasa masjid ,imam dan siak.Sebelah malam Solat Tarawikh berjemaah diimamkan oleh kedua-dua imam bergilir-gilir dan sekali sekala mengundang imam jemputan .Amil En Basri akan menjalankan  kutipan zakat fitrah.


Ceramah Maulidul Rasul oleh Ustaz Nabil Ahmad pada 30 Januari 2014 hari Khamis malam.

No comments:

Post a Comment