MUQADDIMAH

Masjid menurut bahasa ialah al-khumrat bererti hamparan (tikar) yang kecil .Sebagaimana dalam hadis yang menjelaskan bahawa Rasululllah s.a.w. mengerjakan solat diatas al-khumrat. Perkataan masjid dalam bahasa arab ialah “TEMPAT MENYEMBAH”. Jadi masjid adalah nama islam yang diberikan kepada tempat ibadah yang mulia di mana kata asalnya diambil daripada perkataan AL-SUJUD iaitu membawa pengertian sebagai ketaatan, kesetian sepenuhnya kepada Allah S.W.T

 

Masjid Al-Ehsan terletak di Kampung Darat Beseri,Perlis Indera Kayangan.Masjid ini telah mula di bina pada awal tahun 1991 dan telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Putra Jamalulail pada 19 Rabiulawal 1412,bersamaan 27 September 1991.Kos yang diperuntukkan untuk membina masjid ini dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri Perlis.Keluasan masjid ini adalah sederhana besar dan hanya dapat menampung seramai 200 hingga 250 orang jemaah sahaja pada satu masa.Bagi jemaah wanita pula,tempat solat telah di bina khas untuk mereka dan keluasannya adalah sederhana kecil yang hanya dapat menampung seramai 50 hingga 80  orang jemaah.Masjid ini banyak memberikan kemudahan kepada penduduk di kariah ini untuk menunaikan solat dan mengadakan majlis-majlis keagamaan.Lokasi masjid ini adalah di tepi jalan besar dan memudahkan orang ramai berkunjung ke masjid ini.




Kemudahan Masjid

  •  Ruang solat
 Masjid ini mempuyai dua ruang utama iaitu ruang untuk jemaah lelaki dan ruang untuk jemaah wanita.Ruang untuk jemaah lelaki boleh menampung seramai 200 hingga 250  orang jemaah manakala ruang untuk jemaah wanita pula adalah seramai 50 hingga 80 orang sahaja.Ruang solat ini telah disediakan karpet bagi menambahkan lagi keselesaan para jemaah.Selain itu,masjid ini juga turut menyediakan ‘water cooler’ untuk kegunaan para jemaah.Bagi jemaah yang datang dari luar,sejadah,kain pelekat dan kain telekung turut disediakan.Namun,setelah menggunakannya,mereka tidak melipatnya kembali dan menyebabkan kain pelekat dan kain telekung di masjid ini berselerakan.Berdasarkan pemerhatian pula,seluruh kawasan ruang solat ini berada dalam keadaan yang amat bersih tanpa sebarang sampah mahupun habuk.Ahli jawatankuasa masjid amat menitikberatkan kebersihan ruang solat kerana mereka telah mengambil inisiatif untuk menyediakan vakum,penyapu dan penyodok sampah bagi tugas-tugas pembersihan.Walaupun kipas siling telah disediakan di masjid ini,namun kipas kaki juga turut diletakkan di setiap penjuru masjid.Hal ini adalah untuk mengelakkan para jemaah  dari bersolat dalam keadaan yang panas.Di bahagian hadapan ruang solat juga mempunyai satu mimbar yang digunakan untuk khutbah semasa solat sunat Jumaat.

 
MIMBAR
KERETA JENAZAH


PERPUSTAKAAN


Masjid Al-Ehsan  telah memainkan peranan yang penting dan telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh para jemaah dan juga penduduk di sekitarnya.Masjid ini terletak di kawasan yang sesuai dan mudah untuk para jemaah untuk ke masjid .Sebagai sebuah masjid yang menjadi tumpuan ramai di kampung ini,maka para jemaah hendaklah memainkan peranan dalam menjaga kebersihan dan persekitaran masjid serta memelihara martabat dan keharmonian masjid ini dengan sebaik-baiknya

No comments:

Post a Comment