Tuesday 8 July 2014

PENGUMUMAN

 


1.Pada tahun ini zakat fitrah untuk Negeri Perlis telah ditetapkan RM6.50 seorang.Tuan/Puan boleh membayar kepada amil bertugas En Basri Ariffin di kaunter Zakat Fitrah mulai sekarang.Kaunter dibuka pada pukul 9.00 pagi hiingga 2.00 petang dan 4.30 petang hingga 7.30 malam.


2. Sepanjang bulan Ramadzan kutipan derma untuk anak yatim,fakir miskin dan warga tua/uzur turut dijalankan. Sumbangan derma boleh diberi melalui tabung yang disediakan ataupun kepada imam dan ajk masjid.
Sumbangan akan diagihkan/disampaikan kepada penerima seminggu sebelum menyambut hari raya AidilFitri.


3.PERLANCARAN TABUNG PALESTIN oleh Imam dari Syria selepas solat Tarawikh pada 12 Julai 2014 Sabtu malam Ahad.


 4.Pada 14 Julai 2014  solat Tarawikh dan ceramah Nuzul Qur'an oleh PU(pencetus Ummah) Tantawi bin Yusoff Al-Hafiz.

IHYA RAMADZAN

Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 183 dan 185 yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana yang diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.”
“Masa yang diwajibkan berpuasa itu ialah bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu..”.

Sesungguhnya bulan Ramadhan bulan yang setiap tahun dinantikan ketibaannya oleh setiap umat Islam, memandangkan ia bulan yang mulia dan memberikan terlalu banyak manfaat, faedah, fadhilat dan masa depan yang cerah bagi mereka yang menghayatinya.

 Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibukakanlah pintu-pintu langit dan ditutupkan pintu-pintu neraka dan diikatlah semua syaitan.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

 · Amal ibadah bulan Ramadhan
Dalam khutbah terakhir bulan Syaaban untuk persediaan menghadapi bulan Ramadhan, Rasulullah s.a.w. telah memberi nasihat kepada umat Islam supaya menyempurnakan berbagai amal ibadah sepanjang bulan Ramadhan:

1. Solat sunat tarawih.

2. Solat-solat sunat yang lain.

3. Bantu membantu sesama umat Islam seperti bersedekah dan seumpamanya.

4. Memberikan hidangan berbuka puasa.

5. Banyakkan membaca tahlil (syahadah, berzikir, bertasbih dan seumpamanya).

6. Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah s.w.t.

7. Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka.

8. Banyakkan bersabar, kerana pada bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.

9. Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita. Ini termasuk jangan mengumpat, berkelahi, boros, fitnah-memfitnah, berbohong dan sebagainya.


Solat Tarawikh berjemaah

 
Imam jemputan sedang menyampaikan tazkirah selepas 4 rakaat solat tarawikh untuk para jemaah.



Setiap hari pihak masjid mengadakan majlis berbuka dan semua jemaah dijemput.

Tahsin Al-Quran  diketuai oleh Tn Imam Ust Abu Hassan Ahmad tiap-tiap hari selepas solat subuh  dan seterusnya kaum muslimat menghidupkan amalan bertadarus Quran setiap pagi.

Pada hari Ahad selepas subuh diadakan kuliah subuh oleh ustaz jemputan dan
kuliah tafsir Al-Quran oleh ustaz Basyir Awang dia adakan selepas solat zohor setiap Ahad sepanjang bulan ramadzan.