Masjid Al-Ihsan bersama NGO Ikram bersama-sama mengumpul bantuan pakaian dan sebagainya bagi membantu meringankan beban mangsa banjir di Kelantan,Terengganu,Pahang dan lain-lain.
Anak-anak kariah yang turut sama merasai kesengsaraan yang dialami oleh mangsa banjir yang telah kehilangan tempat kediaman,pakaian,makanan bersatu menghulur bantuan berupa pakaian lama dan baru dan sebagainya.Beberapa sukarelawan turut sama dalam kerja-kerja memproses dan membuat persediaan untuk menghantar barang bantua ke destinasi.
masjidalihsankgdarat.blogspot.com AHLAN WA SAHLAN SELAMAT DATANG
Wednesday, 31 December 2014
Tuesday, 8 July 2014
PENGUMUMAN
1.Pada tahun ini zakat fitrah untuk Negeri Perlis telah ditetapkan RM6.50 seorang.Tuan/Puan boleh membayar kepada amil bertugas En Basri Ariffin di kaunter Zakat Fitrah mulai sekarang.Kaunter dibuka pada pukul 9.00 pagi hiingga 2.00 petang dan 4.30 petang hingga 7.30 malam.
2. Sepanjang bulan Ramadzan kutipan derma untuk anak yatim,fakir miskin dan warga tua/uzur turut dijalankan. Sumbangan derma boleh diberi melalui tabung yang disediakan ataupun kepada imam dan ajk masjid.
Sumbangan akan diagihkan/disampaikan kepada penerima seminggu sebelum menyambut hari raya AidilFitri.
3.PERLANCARAN TABUNG PALESTIN oleh Imam dari Syria selepas solat Tarawikh pada 12 Julai 2014 Sabtu malam Ahad.
4.Pada 14 Julai 2014 solat Tarawikh dan ceramah Nuzul Qur'an oleh PU(pencetus Ummah) Tantawi bin Yusoff Al-Hafiz.
IHYA RAMADZAN
Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 183 dan 185 yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana yang diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.”
“Masa yang diwajibkan berpuasa itu ialah bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu..”.
Sesungguhnya bulan Ramadhan bulan yang setiap tahun dinantikan ketibaannya oleh setiap umat Islam, memandangkan ia bulan yang mulia dan memberikan terlalu banyak manfaat, faedah, fadhilat dan masa depan yang cerah bagi mereka yang menghayatinya.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibukakanlah pintu-pintu langit dan ditutupkan pintu-pintu neraka dan diikatlah semua syaitan.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
· Amal ibadah bulan Ramadhan
Dalam khutbah terakhir bulan Syaaban untuk persediaan menghadapi bulan Ramadhan, Rasulullah s.a.w. telah memberi nasihat kepada umat Islam supaya menyempurnakan berbagai amal ibadah sepanjang bulan Ramadhan:
1. Solat sunat tarawih.
9. Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita. Ini termasuk jangan mengumpat, berkelahi, boros, fitnah-memfitnah, berbohong dan sebagainya.
Solat Tarawikh berjemaah
Imam jemputan sedang menyampaikan tazkirah selepas 4 rakaat solat tarawikh untuk para jemaah.
Setiap hari pihak masjid mengadakan majlis berbuka dan semua jemaah dijemput.
Tahsin Al-Quran diketuai oleh Tn Imam Ust Abu Hassan Ahmad tiap-tiap hari selepas solat subuh dan seterusnya kaum muslimat menghidupkan amalan bertadarus Quran setiap pagi.
Pada hari Ahad selepas subuh diadakan kuliah subuh oleh ustaz jemputan dan
kuliah tafsir Al-Quran oleh ustaz Basyir Awang dia adakan selepas solat zohor setiap Ahad sepanjang bulan ramadzan.

2. Solat-solat sunat yang lain.
3. Bantu membantu sesama umat Islam seperti bersedekah dan seumpamanya.
4. Memberikan hidangan berbuka puasa.
5. Banyakkan membaca tahlil (syahadah, berzikir, bertasbih dan seumpamanya).
6. Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah s.w.t.
7. Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka.
8. Banyakkan bersabar, kerana pada bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.
9. Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita. Ini termasuk jangan mengumpat, berkelahi, boros, fitnah-memfitnah, berbohong dan sebagainya.
Solat Tarawikh berjemaah
Imam jemputan sedang menyampaikan tazkirah selepas 4 rakaat solat tarawikh untuk para jemaah.
Setiap hari pihak masjid mengadakan majlis berbuka dan semua jemaah dijemput.
Tahsin Al-Quran diketuai oleh Tn Imam Ust Abu Hassan Ahmad tiap-tiap hari selepas solat subuh dan seterusnya kaum muslimat menghidupkan amalan bertadarus Quran setiap pagi.
Pada hari Ahad selepas subuh diadakan kuliah subuh oleh ustaz jemputan dan
kuliah tafsir Al-Quran oleh ustaz Basyir Awang dia adakan selepas solat zohor setiap Ahad sepanjang bulan ramadzan.
Friday, 28 February 2014
Muktamar Agung Masjid Al-Ihsan 2014
Assalamualaikum.Sekarang sedang berlangsung muktamar agung Masjid Al-Ihsan
2014 selepas solat Asar. Muktamar ini bertujuan memilih 4 orang AJK
kariah sessi 2014/2015 ,membincangkan usul-usul dan
cadangan,membentangkan minit mesyuarat muktamar agung yang lalu,lapuran
aktiviti dan lapuran kewangan 2012/2013. Muktamar dipengerusikan oleh
Ustaz Abu Hassan Ahmad.Pihak JAIPS diwakili oleh Tn Hj Hashim
Osman,Penolong Pengarah JAIPS
Friday, 21 February 2014
MAKLUMAN
1.Siak masjid Al-Ehsan En Basri Ariffin telah melepaskan jawatannya pada Januari 2014 dan pihak Jabatan Agama Islam Perlis telah memilih En Ahmad Murad sebagai siak bermula Februari 2014.
2.Satu lagi aktiviti masjid Al-Ehsan iaitu kuliah subuh setiap pagi Ahad telah dimulakan sejak dua minggu lalu dan pihak masjid telah menentukan ustaz /penceramah yang dijemput.
3.Pihak Baitulmal Negeri Perlis (MAIPs) telah melantik kembali En Basri Ariffin sebagai AMIL di masjid Al-Ehsan kg Darat,Beseri,Perlis.
4.Masjid Al-Ihsan ,Kg Darat akan mengadakan Muktamar Agung 2014 pada 28 Februari 2014(Jumaat) bersamaan 28 Rabiulakhir 1435 H selepas solat Asar di masjid Al-Ihsan Kg Darat.Rujuk kepada pekeliling di bawah:

Wednesday, 19 February 2014
Pekeliling Dari Pihak Jakim
KENYATAAN MEDIA DATO' KP JAKIM BERKAITAN “ SEMINAR PEMIKIRAN KASSIM AHMAD: SUATU PENILAIAN ”
1. JAKIM memandang serius dalam isu yang dibangkitkan dalam“ SEMINAR PEMIKIRAN KASSIM AHMAD: SUATU PENILAIAN ” pada 15 dan 16 Februari 2014 anjuran Ahli Jawatankuasa Sahabat Pena Pak Kassim di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.
2. Kenyataan-kenyataan daripada para pembentang kertas kerja seminar khususnya berkaitan isu-isu agama adalah seperti yang berikut:
i. Mempertikaikan Dua Kalimah Syahadah dengan menganggap syahadah yang kedua sebagai mendewa-dewakan Nabi Muhammad SAW.
ii. Mempertikaikan rambut sebagai aurat wanita dan memperlekeh wanita yang berhijab.
iii. Mempertikaikan kredibiliti ulama dan menyamakan ulama sebagai kasta paderi
iv. Mempertikaikan hadith sebagai sumber hukum dan menuduh Imam Shafi’e yang memulakan doktrin baru dengan menyatakan hadith sebagai satu sumber hukum sama seperti al-Qur’an
v. Mentafsirkan semula al-Qur’an berdasarkan logik semata-mata dan menolak tafsiran ulama terdahulu
vi. Mengiktiraf Kod 19 oleh Rashad Khalifa sebagai pentafsir al-Qur’an bagi menggantikan hadith
vii. Cadangan membuat surat untuk memohon pihak KDN menarik semula pengharaman buku-buku tulisan Kassim Ahmad
3. Jakim juga ingin menjelaskan bahawa pemikiran dan pandangan yang dikemukakan adalah bercanggah dengan prinsip dan juga sumber hukum dalam ajaran Islam berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi asas pegangan masyarakat Islam di Malaysia. Ini adalah berdasarkan kepada sebab-sebab yang berikut:
i. Mengucap Dua kalimah Syahadah merupakan rukun Islam yang pertama bagi setiap Muslim yang mengaku dirinya sebagai orang Islam. Mempertikaikan syahadah boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar daripada agama Islam. Justeru, orang yang berbuat demikian wajiblah segera bertaubat.
ii. Ulama telah bersepakat bahawa aurat wanita adalah keseluruhan badannya kecuali muka dan kedua tapak tangannya. Mempertikaikan hukum yang telah disepakati boleh membawa kepada kesesatan.
iii. Ulama adalah pewaris Nabi yang berperanan menyampaikan ajaran Islam dari satu generasi ke satu generasi. Mempertikaikan kredibiliti Ulama muktabar dalam mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah suatu yang bercanggah dengan disiplin ilmu yang diwarisi daripada Sahabat dan Salafus Salih.
iv. adalah sumber kedua perundangan Islam dan sebagai pentafsir kepada al-Qur’an berdasarkan ijma’ ulama.
v. Penafsiran semula al-Qur’an berdasarkan logik akal tidak boleh diterima kerana pentafsiran al-Quran memerlukan disiplin ilmu agama yang telah ditetapkan dalam ajaran Islam.
vi. Teori “Kod 19” oleh Rashad Khalifa yang dipegang oleh Kassim Ahmad mengandungi pelbagai penyelewengan akidah dan tidak wajar digunakan untuk mentafsirkan al-Qur’an
vii. Tindakan untuk menarik semula pengharaman buku-buku tulisan Kassim Ahmad ini adalah tidak wajar kerana ia telah jelas menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar seperti yang telah difatwakan oleh negeri-negeri.
4. Saya telah meminta pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk mengambil tindakan dengan pendekatan yang bersesuaian dalam perkara ini. Disamping itu, saya juga memohon kerjasama dari pihak Jabatan Agama Islam Negeri-negeri dapat memantau dan memberi perhatian terhadap isu ini secara berkesan dan wajar dan mengambil tindakan berdasarkan undang-undang sedia ada sekiranya bersesuaian.
5. Suka saya maklumkan bahawa pihak berkuasa agama negeri telah mengambil tindakan penguatkuasaan dan pewartaan fatwa terhadap bahan-bahan penerbitan yang mengandungi dan menyebarkan fahaman anti hadith yang jelas menyeleweng dari ajaran Islam. Apa-apa jua bentuk penerbitan dan atau publisiti yang bertujuan untuk mengembangkan pemikiran atau fahaman anti hadith adalah dilarang dan perlu disekat kerana ia menyalahi fatwa dan undang-undang lain yang berkaitan.
6. Pihak Jakim dan Jawi juga berhasrat untuk menjemput Dr Kassim Ahmad dan pihak penganjur sebagai satu usaha pihak kami memberikan penjelasan terbaik terhadap dakwaan-dakwaan beliau yang dianggap boleh menjejaskan aqidah umat Islam.
7. Jutseru itu, memandangkan pemikiran Dr Kassim Ahmad ini boleh dikatakan sebagai pemikiran yang salah dan bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah, maka adalah wajar umat Islam di Malaysia menjauhi aliran pemikiran dan doktrin-doktrin palsu yang seumpama ini. Ini adalah kerana perkara ini boleh memberi implikasi besar kepada akidah umat Islam dan menggugat ketenteraman serta menimbulkan keresahan awam.
8. Islam menyeru kepada umatnya agar bersatu padu dan mencegah daripada berpecah belah kerana perpecahan dalam kalangan masyarakat Islam boleh merugikan masyarakat Islam itu sendiri. Ini juga adalah demi untuk membangunkan modal insan yang bertamadun tinggi.
Sekian, terima kasih.
’Saya Yang Menurut Perintah’
DATO’ HAJI OTHMAN MUSTAPHA 19 Februari 2014
Monday, 17 February 2014
LAWATAN YAB MENTERI BESAR PERLIS KE MASJID AL-IHSAN
Lawatan YAB Menteri Besar Perlis Tn Azlan Man ke Masjid Al-Ihsan ,Beseri , Perlis pda hari Khamis 20 Februari 2014.Solat Maghrib dan Isyak bersama serta beramah mesra dengan anak-anak jemaah.Jamuan akan disediakan dan semua anak qaryah dijemput.
Thursday, 30 January 2014
Thursday, 23 January 2014
KULIAH BULANAN
1. Kuliah khusus untuk kaum Muslimat dan semua Jemaah amnya pada hari Ahad 26 Jan 2014 jam 3 petang disampaikan oleh Ust Nazim Imam Masjid Jannatul Naim Sg Paya,Beseri merangkap Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Perlis.
2.Ceramah Maulidul Rasul oleh Ustaz Nabil Ahmad pada 30 Januari 2014 hari Khamis malam.
3.Kuliah Ustazah Nor Asmah pada hari Khamis 6 Februari 2014 jam 3 petang.
4.Kuliah Ustazah Che Bee pada 27 Februari 2014 hari Khamis selepas Asar.

Monday, 20 January 2014
Masjid Al-Ehsan terletak di Kampung Darat Beseri,Perlis Indera
Kayangan. Masjid ini telah mula di bina pada awal tahun 1991 dan telah
dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Putra Jamalulail pada
19 Rabiulawal 1412,bersamaan 27 September 1991. Masjid ini
mempuyai dua ruang utama iaitu ruang untuk jemaah lelaki dan ruang untuk
jemaah wanita.Ruang untuk jemaah lelaki boleh menampung seramai 200
hingga 250 orang jemaah manakala ruang untuk jemaah wanita pula adalah
seramai 50 hingga 80 orang sahaja.
Tandas di masjid ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu satu bahagian untuk jemaah lelaki dan satu bahagian lagi untuk jemaah wanita yang mempunyai tiga buah tandas untuk setiap bahagian.Satu bahagian kecil pada setiap bahagian yang memuatkan cermin dan sinki juga telah dibina untuk kegunaan jemaah bagi membasuh muka. Pihak masjid tidak mengambil atau mengemaskini rekod yang tetap bagi jumlah bilangan atau jumlah bacaan di masjid ini.Hal ini kerana,kebanyakkan bahan bacaan seperti naskhah al-quran dan kitab yassin telah disedekahkan oleh penduduk di kariah ini untuk diwakafkan di masjid ini. Masjid ini juga mempunyai peralatan untuk pengurusan jenazah serta peralatan untuk majlis-majlis yang sering diadakan.Bagi peralatan untuk pengurusan jenazah,masjid ini telah menyediakan satu tempat pemandian jenazah,alat-alat mandian jenazah (kapur barus,kapas dan lain-lain),satu keranda serta satu van jenazah khas untuk masjid ini.
Landskap dan perskitaran di masjid kini adalah cantik dan kebersihannya amat membanggakan.Di hadapan bangunan masjid,terdapat dua batang bendera iaitu untuk bendera Malaysia dan bendera negeri Perlis. Landskap dan perskitaran di masjid kini adalah cantik dan kebersihannya amat membanggakan.Di hadapan bangunan masjid,terdapat dua batang bendera iaitu untuk bendera Malaysia dan bendera negeri Perlis.

Subscribe to:
Posts (Atom)