Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 183 dan 185 yang bermaksud:
“Wahai
orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana yang
diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu
bertakwa.”
“Masa yang diwajibkan berpuasa itu ialah bulan Ramadhan
yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian
manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk,
dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh
itu sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau
mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu..”.
Sesungguhnya
bulan Ramadhan bulan yang setiap tahun dinantikan ketibaannya oleh
setiap umat Islam, memandangkan ia bulan yang mulia dan memberikan
terlalu banyak manfaat, faedah, fadhilat dan masa depan yang cerah bagi
mereka yang menghayatinya.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Apabila masuk bulan Ramadhan
maka dibukakanlah pintu-pintu langit dan ditutupkan pintu-pintu neraka
dan diikatlah semua syaitan.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
· Amal ibadah bulan Ramadhan
Dalam
khutbah terakhir bulan Syaaban untuk persediaan menghadapi bulan
Ramadhan, Rasulullah s.a.w. telah memberi nasihat kepada umat Islam
supaya menyempurnakan berbagai amal ibadah sepanjang bulan Ramadhan:
1. Solat sunat tarawih.
2. Solat-solat sunat yang lain.
3. Bantu membantu sesama umat Islam seperti bersedekah dan seumpamanya.
4. Memberikan hidangan berbuka puasa.
5. Banyakkan membaca tahlil (syahadah, berzikir, bertasbih dan seumpamanya).
6. Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah s.w.t.
7. Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka.
8. Banyakkan bersabar, kerana pada bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.
9.
Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran,
kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita. Ini termasuk
jangan mengumpat, berkelahi, boros, fitnah-memfitnah, berbohong dan
sebagainya.
Solat Tarawikh berjemaah
Imam jemputan sedang menyampaikan tazkirah selepas 4 rakaat solat tarawikh untuk para jemaah.
Setiap hari pihak masjid mengadakan majlis berbuka dan semua jemaah dijemput.
Tahsin Al-Quran diketuai oleh Tn Imam Ust Abu Hassan Ahmad tiap-tiap hari selepas solat subuh dan seterusnya kaum muslimat menghidupkan amalan bertadarus Quran setiap pagi.
Pada hari Ahad selepas subuh diadakan kuliah subuh oleh ustaz jemputan dan
kuliah tafsir Al-Quran oleh ustaz Basyir Awang dia adakan selepas solat zohor setiap Ahad sepanjang bulan ramadzan.