Wednesday, 19 February 2014

Pekeliling Dari Pihak Jakim


KENYATAAN MEDIA DATO' KP JAKIM BERKAITAN “ SEMINAR PEMIKIRAN KASSIM AHMAD: SUATU PENILAIAN ”

1. JAKIM memandang serius dalam isu yang dibangkitkan dalam“ SEMINAR PEMIKIRAN KASSIM AHMAD: SUATU PENILAIAN ” pada 15 dan 16 Februari 2014 anjuran Ahli Jawatankuasa Sahabat Pena Pak Kassim di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

2. Kenyataan-kenyataan daripada para pembentang kertas kerja seminar khususnya berkaitan isu-isu agama adalah seperti yang berikut:

i. Mempertikaikan Dua Kalimah Syahadah dengan menganggap syahadah yang kedua sebagai mendewa-dewakan Nabi Muhammad SAW.

ii. Mempertikaikan rambut sebagai aurat wanita dan memperlekeh wanita yang berhijab.

iii. Mempertikaikan kredibiliti ulama dan menyamakan ulama sebagai kasta paderi

 iv. Mempertikaikan hadith sebagai sumber hukum dan menuduh Imam Shafi’e yang memulakan doktrin baru dengan menyatakan hadith sebagai satu sumber hukum sama seperti al-Qur’an

v. Mentafsirkan semula al-Qur’an berdasarkan logik semata-mata dan menolak tafsiran ulama terdahulu

vi. Mengiktiraf Kod 19 oleh Rashad Khalifa sebagai pentafsir al-Qur’an bagi menggantikan hadith

 vii. Cadangan membuat surat untuk memohon pihak KDN menarik semula pengharaman buku-buku tulisan Kassim Ahmad

3. Jakim juga ingin menjelaskan bahawa pemikiran dan pandangan yang dikemukakan adalah bercanggah dengan prinsip dan juga sumber hukum dalam ajaran Islam berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi asas pegangan masyarakat Islam di Malaysia. Ini adalah berdasarkan kepada sebab-sebab yang berikut:
i. Mengucap Dua kalimah Syahadah merupakan rukun Islam yang pertama bagi setiap Muslim yang mengaku dirinya sebagai orang Islam. Mempertikaikan syahadah boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar daripada agama Islam. Justeru, orang yang berbuat demikian wajiblah segera bertaubat.

 ii. Ulama telah bersepakat bahawa aurat wanita adalah keseluruhan badannya kecuali muka dan kedua tapak tangannya. Mempertikaikan hukum yang telah disepakati boleh membawa kepada kesesatan.

iii. Ulama adalah pewaris Nabi yang berperanan menyampaikan ajaran Islam dari satu generasi ke satu generasi. Mempertikaikan kredibiliti Ulama muktabar dalam mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah suatu yang bercanggah dengan disiplin ilmu yang diwarisi daripada Sahabat dan Salafus Salih.

iv.    adalah sumber kedua perundangan Islam dan sebagai pentafsir kepada al-Qur’an berdasarkan ijma’ ulama.

v. Penafsiran semula al-Qur’an berdasarkan logik akal tidak boleh diterima kerana pentafsiran al-Quran memerlukan disiplin ilmu agama yang telah ditetapkan dalam ajaran Islam.

vi. Teori “Kod 19” oleh Rashad Khalifa yang dipegang oleh Kassim Ahmad mengandungi pelbagai penyelewengan akidah dan tidak wajar digunakan untuk mentafsirkan al-Qur’an

vii. Tindakan untuk menarik semula pengharaman buku-buku tulisan Kassim Ahmad ini adalah tidak wajar kerana ia telah jelas menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar seperti yang telah difatwakan oleh negeri-negeri.

 4. Saya telah meminta pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk mengambil tindakan dengan pendekatan yang bersesuaian dalam perkara ini. Disamping itu, saya juga memohon kerjasama dari pihak Jabatan Agama Islam Negeri-negeri dapat memantau dan memberi perhatian terhadap isu ini secara berkesan dan wajar dan mengambil tindakan berdasarkan undang-undang sedia ada sekiranya bersesuaian.

5. Suka saya maklumkan bahawa pihak berkuasa agama negeri telah mengambil tindakan penguatkuasaan dan pewartaan fatwa terhadap bahan-bahan penerbitan yang mengandungi dan menyebarkan fahaman anti hadith yang jelas menyeleweng dari ajaran Islam. Apa-apa jua bentuk penerbitan dan atau publisiti yang bertujuan untuk mengembangkan pemikiran atau fahaman anti hadith adalah dilarang dan perlu disekat kerana ia menyalahi fatwa dan undang-undang lain yang berkaitan.

6. Pihak Jakim dan Jawi juga berhasrat untuk menjemput Dr Kassim Ahmad dan pihak penganjur sebagai satu usaha pihak kami memberikan penjelasan terbaik terhadap dakwaan-dakwaan beliau yang dianggap boleh menjejaskan aqidah umat Islam.

7. Jutseru itu, memandangkan pemikiran Dr Kassim Ahmad ini boleh dikatakan sebagai pemikiran yang salah dan bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah, maka adalah wajar umat Islam di Malaysia menjauhi aliran pemikiran dan doktrin-doktrin palsu yang seumpama ini. Ini adalah kerana perkara ini boleh memberi implikasi besar kepada akidah umat Islam dan menggugat ketenteraman serta menimbulkan keresahan awam.

8. Islam menyeru kepada umatnya agar bersatu padu dan mencegah daripada berpecah belah kerana perpecahan dalam kalangan masyarakat Islam boleh merugikan masyarakat Islam itu sendiri. Ini juga adalah demi untuk membangunkan modal insan yang bertamadun tinggi.

Sekian, terima kasih.
’Saya Yang Menurut Perintah’

DATO’ HAJI OTHMAN MUSTAPHA 19 Februari 2014

Monday, 17 February 2014

LAWATAN YAB MENTERI BESAR PERLIS KE MASJID AL-IHSAN

Lawatan YAB Menteri Besar Perlis Tn Azlan Man ke Masjid Al-Ihsan ,Beseri , Perlis pda hari Khamis 20 Februari 2014.Solat Maghrib dan Isyak bersama serta beramah mesra dengan anak-anak jemaah.Jamuan akan disediakan dan semua anak qaryah dijemput.

Thursday, 23 January 2014

KULIAH BULANAN

1.  Kuliah khusus untuk kaum Muslimat dan  semua Jemaah amnya  pada hari Ahad 26 Jan 2014 jam 3 petang disampaikan oleh Ust Nazim Imam Masjid Jannatul Naim Sg Paya,Beseri merangkap Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Perlis.

2.Ceramah Maulidul Rasul oleh Ustaz Nabil Ahmad pada 30 Januari 2014 hari Khamis malam.

3.Kuliah Ustazah Nor Asmah pada hari Khamis 6 Februari 2014 jam 3 petang.

4.Kuliah Ustazah Che Bee pada 27 Februari 2014 hari Khamis selepas Asar.




KULIAH MINGGUAN

Hari Rabu 29 Jan 2014 selepas Asar oleh Ustazah Rodziah

Monday, 20 January 2014

Masjid Al-Ehsan terletak di Kampung Darat Beseri,Perlis Indera Kayangan. Masjid ini telah mula di bina pada awal tahun 1991 dan telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Putra Jamalulail pada 19 Rabiulawal 1412,bersamaan 27 September 1991. Masjid ini mempuyai dua ruang utama iaitu ruang untuk jemaah lelaki dan ruang untuk jemaah wanita.Ruang untuk jemaah lelaki boleh menampung seramai 200 hingga 250  orang jemaah manakala ruang untuk jemaah wanita pula adalah seramai 50 hingga 80 orang sahaja.




 Tandas di masjid ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu satu bahagian untuk jemaah lelaki dan  satu bahagian lagi untuk jemaah wanita yang mempunyai tiga buah tandas untuk setiap bahagian.Satu bahagian kecil pada setiap bahagian yang memuatkan cermin dan sinki juga telah dibina untuk kegunaan jemaah bagi membasuh muka. Pihak masjid tidak mengambil atau mengemaskini rekod yang tetap bagi jumlah bilangan atau jumlah bacaan di masjid ini.Hal ini kerana,kebanyakkan bahan bacaan seperti naskhah al-quran dan kitab yassin telah disedekahkan oleh penduduk di kariah ini untuk diwakafkan di masjid ini. Masjid ini juga mempunyai peralatan untuk pengurusan jenazah serta peralatan  untuk majlis-majlis yang sering diadakan.Bagi peralatan untuk pengurusan jenazah,masjid ini telah menyediakan satu tempat pemandian jenazah,alat-alat mandian jenazah (kapur barus,kapas dan lain-lain),satu keranda serta satu van jenazah khas untuk masjid ini. 


  

 Landskap dan perskitaran di masjid kini adalah cantik dan kebersihannya amat membanggakan.Di hadapan bangunan masjid,terdapat dua batang bendera iaitu untuk bendera Malaysia dan bendera negeri Perlis. Landskap dan perskitaran di masjid kini adalah cantik dan kebersihannya amat membanggakan.Di hadapan bangunan masjid,terdapat dua batang bendera iaitu untuk bendera Malaysia dan bendera negeri Perlis.